Terms & Condition

TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN (SERVICE TERMS & CONDITIONS)

Servis: Repair Chiller, Freezer & Cold RoomΒ  Β 

1. Jadual Temujanji & Pemeriksaan Pelanggan perlu menetapkan tarikh dan masa lawatan teknikal sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal. Caj pemeriksaan akan dikenakan sekiranya pembatalan dibuat kurang dari 12 jam sebelum temujanji.

2. Skop Perkhidmatan- Perkhidmatan hanya meliputi pemeriksaan, pembaikan, penyelenggaraan dan penggantian bahagian yang berkaitan dengan sistem penyejukan (chiller, freezer, cold room) sahaja. Sebarang kerja pendawaian besar, modifikasi struktur, atau kerja luar skop akan dikenakan caj tambahan.

3. Jaminan & Waranti Bahagian (spare part) yang diganti disertakan waranti 1–3 bulan bergantung pada jenis barang. Waranti tidak sah jika kerosakan berpunca dari penyelenggaraan tidak berkala, penggunaan salah, atau kerosakan akibat litar pintas/petir. Jaminan kerja (labour warranty) selama 14 hari selepas pembaikan.

4. Bayaran Caj servis perlu dijelaskan selepas kerja selesai, melainkan ada perjanjian rasmi bertulis. Deposit mungkin diperlukan untuk pembelian alat ganti tertentu. Semua harga tertakluk kepada 6% SST jika berdaftar.

5. Tanggungjawab Pelanggan Pelanggan perlu memastikan kawasan kerja selamat dan boleh diakses sebelum juruteknik hadir. Barangan mudah rosak (makanan/bahan) perlu dialih sekiranya perlu. Pelanggan bertanggungjawab menyimpan sebarang data suhu atau pemantauan sendiri jika diperlukan.

6. Pelepasan Tanggungan Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian barang/perniagaan disebabkan kelewatan pembaikan, kerosakan berulang atau kegagalan unit selepas tempoh waranti. Kerja pembaikan dilakukan atas dasar usaha terbaik (β€œbest effort basis”) bergantung kepada keadaan peralatan.

7. Kecemasan & Caj Tambahan Caj kecemasan luar waktu bekerja, hujung minggu atau cuti umum akan dikenakan jika diminta. Sebarang kerja tambahan yang tidak termasuk dalam sebut harga asal akan diberitahu dan disahkan pelanggan terlebih dahulu.

8. Pembatalan atau Penangguhan Sebarang pembatalan selepas kehadiran teknikal akan dikenakan caj lawatan. Penangguhan yang berulang boleh menyebabkan syarikat enggan menerima kerja pembaikan seterusnya.